Mengintai Tanjungpinang, 2-5 Ogos 2006
Dari Kelantan, untuk ke selatan Semenanjung, perlu naik 2 kapalterbang MAS. Flight AirAsia yang terus ke JB, dihentikan sementara waktu. Apa sebabnya, tidak diketahui pula. Dengan tambang teksi sebanyak RM40.00, kami serombongan tiba di The Zon Regency Hotel yang dulunya dikenali sebagai The Eden Garden Hotel. The Zon dibangunkan dalam Kompleks Bebas Cukai, Stulang Laut. Di situ juga terdapat Jeti Antarabangsa untuk ke Batam dan Tanjungpinang, destinasi pelancongan dan perniagaan. Bagi pihak kami, objektif agak berbeza, kerana kami membawa misi kesihatan.
Pagi esoknya, kami bergegas ke Jeti untuk mendapatkan feri awal namun keberangkatan pertama dibatalkan kerana tidak cukup penumpang. Maka kami semua telah dijadualkan untuk bertolak pada pukul 10.30 pagi. Feri kami agak sederhana besarnya dan bergerak dalam kelajuan juga sederhana, mungkin kerana pemandunya membaca ombak pagi itu akan beralun kasar. Kami menyusuri Singapura, melepasi Pulau Batam dan akhirnya sampai ke Pulau Bintan selepas 2 setengah jam perjalanan.
Jeti Sri Bintan Pura, pintu masuk ke Tanjungpinang
Di jeti, kami disambut oleh selawat ke atas Rasul dan paluan kompang oleh barisan wanita veteran Tanjungpinang. Tidak pasti pula berapa bayaran persembahan mereka pada tengahari itu? Ternyata mereka benar-benar gembira menyambut kami.
Kami langsung dibawa ke hotel untuk menikmati makan tengahari, kerana petangnya nanti kami akan segera ke Kantor Gubernur untuk taklimat mengenai misi kesihatan kami.
Pagi esoknya, kami bergegas ke Jeti untuk mendapatkan feri awal namun keberangkatan pertama dibatalkan kerana tidak cukup penumpang. Maka kami semua telah dijadualkan untuk bertolak pada pukul 10.30 pagi. Feri kami agak sederhana besarnya dan bergerak dalam kelajuan juga sederhana, mungkin kerana pemandunya membaca ombak pagi itu akan beralun kasar. Kami menyusuri Singapura, melepasi Pulau Batam dan akhirnya sampai ke Pulau Bintan selepas 2 setengah jam perjalanan.
Jeti Sri Bintan Pura, pintu masuk ke TanjungpinangPulau Bintan, denga ibukotanya Tanjungpinang adalah sangat relevan dalam sejarah Malaysia, kerana di sinilah pewaris Kesultanan Melaka akhirnya mendirikan kerajaan, setelah peristiwa serangan Portugis pada tahun 1511.